Thursday, March 16, 2006

Tinta Buat Bakal Suami

buat tatapan bersama..pada Khamis, 08 Disember 2005 @ 10:57:36 oleh istisafa
Tinta Buat Bakal Suami Diluluskan
sahlon menulis "Assalamualaikum wrt wbt. Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya.
Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang saya jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan saya tersedar dari lenaku yang panjang. saya telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki menga mbil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.
Sepanjang umurku ini. saya menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangimu. saya menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah saya sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. saya lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.
Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat ‘_expressionles face’ dan ‘cool’. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. saya seboleh-bolehnya melarikan pandanganku dar ipada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aeisyah lah.A “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”. saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di matamu. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milikmu seorang. saya tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau saya tidak ingin kau memandang perempuan lain. saya dululah yang perlu menundukkan pandanganku. saya harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau saya inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. s aya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan, sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan diriku bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. saya secara keras menolak, berbagai dalil ku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. saya berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang c eria selama ini telah dirampas dariku.
saya tertanya-tanya adakah saya berada ditebing kebinasaan. saya beristighfar memohon keampunan-Nya. saya juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja saya berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah saya yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Anda inya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. saya takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.
saya pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintanu padaku. Bukan itu yang saya impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insane biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. saya tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home